duit poket

Thursday, December 30, 2010

okkeyhh !!~

dengan mood yang amat malas ( mak mintak tolong masak pon agak malas ari ni.. ;P ) aku hanya boleh menulis entry ni jer.. yang lain xdapat aku nak wat. baru lepas print out gambaq. heee.. aku nak boh lam frame. malas nk g cuci gambaq kat kedai. baik aku print jer.. sep duit aku. muahahaha.. ;D

walaupun keja2 mengemas aku still belambak dan bilik aku mengalahkan sarang tenuk (tenuk ada sarang ker?? ) xkisah la macam sarang apa pon yang penting bilik aku dah xdak rupa bilik lagi dah. macam stor je aku tengok. haha.. (cuma bilik aku lawa sket la dari stor ;P ) tapi japg la aku sambung.. makan pon rasa macam kemalasan jer.. hurrmm~


ok.. ni la ruper aku setiap kali aku online.. tersangat2 la hudoh. haha.. kucing 2 menyibuk jer sebab adik aku wak masuk bilik aku. haihh~ rimas aku.. aku nak online pon susah.. satg dia naik pijak atas keyboard aku neyh. habis keluar benda lain.. =.=!

aku nak melawat facebook kejap.. so kesimpulan dari entry aku ari ni ialah aku sangat la bosan + malas nak wat keja.. ;P

p/s : ada sesapa yang teringin lagi rajin nak tolong aku x?? ;P

Wednesday, December 29, 2010

geng hans..

miss my gang so damn much !! geng paling aku sayang sejak aku form 1. kemana selalu bersama.. bergerak dari hostel ke kelas bersama sama.. xpernah tinggal kawan kawan.. kemana pergi mesti bersama sama 9 orang. ramai kan? tapi kami xpernah gado sepanjang aku berada dalam geng ni. susah senang bersama.. salah faham, merajuk sampai xbertegur sapa ada terjadi tetapi kami begitu matang dalam menyelesaikan masalah. dan aku sangat menyesal kerana berpindah kerana aku dah kehilangan kawan kawan yang begitu baik. bila hari minggu kami selalu berkumpul di bilik sesapa ramai2.. tapi mesti diam2 kalo x kena tangkap dengan warden. hehe.. (walkman aku lingkup sbb warden 2 rampas. ciss ~ )

kami namakan geng kami sebagai 'hans' sebab time 2 semua pakat2 gila.. masing2 duk cari nama nak bubuh. ntah cemana teringat hans isaac.. so kami pon setuju je lar.. haha.. hampeh an? ;P

perangai yang paling kebudak budakan dalam geng 2 aku rasa aku la. haha.. ntah la kenapa. sebab aku lambat matang kot. wekkk... ;P tapi pape pon, kasih sayang diorang semua memang best. xmungkin ada kat orang lain. bayangkan la, 9 orang dalam geng kami semua aku sayang.. kadang kadang orang lain pon selalu join geng kami.. kalau g dining time makan, 2meja besar yang berkembar tu memang penuh dikelilingi oleh kami semua.. kalau bukan 9 orang, mesti ada lagi penambahan dari kawan2 aku yang lain.. hidup berasrama.. macam ni la.. ;D

saat2 yang paling sedih bila ari terakhir aku kat sekolah 2.. habis je jumpa ngan rakan2 kat sekolah, balik asrama jumpa lagi ngan budak hostel lak. ada yang kasi aku hadiah, air mata.. sob3~ aku pon nanges aww... sedey gila.. p/s : hadiah2 yang ampa semua bagi still ada lg. aku simpan..thanx ek korang. ;)

sangat2 menyayangi korang sekalian.. hope bley jumpa ramai2.. miss all of you.. <3
(dari kiri : dida (britney), nora (the rock), qilah (agogo), shirah (beyonce), suzila(xdak sbb dia bkn gang kmi dulu tapi tersangat2 baik. ), nurul(pon sama jugak cam su.), eda(luper.. ;P )
ayuni...(lupa jugak gelaran dia.. )
take care yer bila di oversea nant..
gud luck cyg!


ada lagi yang xdak.. pikah (apa ek?? ), nyvee(dia xdak gelaran sbb kuar awal dari hostel. huhu..), kinah (sumo.haha.. )
pikah~ <3 u..

selalu gak bertengkaq ngan pikah tapi relax je.. kawan2 kan? sayang ang oiitt.. 
nyvee inthano~

tgl dekat kampung siam depan taman aku dan berkawan dengan nina, best fren aku since tadika. nina ni mak dia siam n ayah dia cina.. ayah dia kawan ayah aku.. tapi dah meninggal sebab sakit apa ntah. ksian dia tapi dia memang budak yang sangat pandai. nyvee.. rindu kamoo lorr~ kami xsempat letak gelaran kat ang sebab ang kuar hostel awal sangat. nasib ang baik. kalau x.. haha.. ;P

dan gelaran bagi aku?? biarlah rahsiaaaa.... malu ah mau kasi taw !! HAHA.. ;PP

Sunday, December 26, 2010

konerang next top model ~ ;P

urmm.. apa ek nak tulis..~
tgh syok2 baca novel, sayang call ajak kuar.. dengan perasaan yg penuh dengan kekalutan, takut permintaan 'nak keluar' ni di'reject' oleh ayah.., akhirnya saya yg bernama seperti di atas memberanikan jugak diri yang xberapa nak berani ni untuk bagitau ayah.. kononnya nak g umah kawan bagi baju.. (tapi ini xbohong tau?? memang pegi umah kawan bagi baju betul.. )hurmm.. 

dengan penuh rasa kalut bersiap sebab ayah dah memang tersedia siap dah sebab dia memang nak kuar kN., so aku terpaksa mengexpresskan diri aku.. sambar apa yang ada ja.. xsempat nak pakai cantik2 dah sayang oi.. ayah duk suruh cepat. huhu..

sampai kat rumah kawan, memang xsah la kalau xbukak kedai kopi.. gosip itu perlu untuk hidup. haha.. segala hal orang, orang tu orang ni memang bercerita non-stop. sampai kering tekak aku. tetiba lak tadi aku jadi talkative gila. huhu.. 

tunggu punya tunggu, lebih kurang pukul 2.30 baru la sayang and da geng sampai.. so aku pon keluar la.. melepakkan diri di taman yang serba indah lagi memikat (weekkk..~) di samping melakukan sedikit aktiviti yang boleh la dikatakan berfaedah.. photoshoot sana sini.. dah la huduh.. nasib baik sempat make up sket dekat rumah kawan aku. hoho~ ;P ( i xpandai posing yer.. sekian~ )

then kami pegi selasih.. aku yang suggest tempat tu sebab dah lama gila aku nak pegi situ tapi xboleh2 pon. huhu.. so tadi aku ajak diorang pegi situ.. actually aku kempunan chicken chop tapi xpa la.. malas nak makan pulak.. spageti suda~ ;P

tetiba,, waitress yang pertama muncul.. macam aku nak kenal ja minah yang dulu faymes dengan gelaran 'dongga'.. pikir2 balik baru aku ingat rupanya 'kak yang'.. yang kapel dengan ex aku dulu tu la.. bukan ex5 yer? huhu.. =.=!  baru habis spm.. keja part time dekat situ.. 

second waitress pulak macam aku nak kenal jugak. ami !! miss u... my junior dekat skolah and taekwondo.. dia still memanggil aku kak la'a.. hehehe.. aku pon da hampir terlupa dengan nama tu.. haisyy.. kenangan pahit tuh.. xmo xmo xmo. hehe.. 

dan seperti biasa, si tiga serangkai begitu galak sekali hendaknya.. meminta itu dan ini.. haha.. lawak la.. sumpah xCEMBURU okkeyhh?? haha..  ;P (duhh~)

masa untuk pulang.... rasa macam xmau balik je.. tapi nak buat macam mana.. kalau ada jodoh, jumpa la lagi kami ni.. tapi aku harap kekalkan la hubungan kami ni.. bukan setakat hubungan aku n sayang tetapi antara aku dan kawan2 nya.. amiinnnn..~

thanx to korang yang susah2 menghantar mira balik, bawak mira g garden buat photoshoot.. ;P  dan pegi makan.. and thanx sayang sebab belanja i.. hik3~ sayang awak afiq a.k.a jagong <3 <3 <3

=))

Friday, December 24, 2010

gastrik oh gastrik~

adeh la.. gastrik kembali menyerang.. sakit xpatut.. aku mana ada ubat. huhu.. mummy.... huhuhuhu..... nak kata xmakan, aku makan je.. ptg tadi pon aku makan biskut kering ngan susu.. ;p (sedap oo.. rugi sapa yang xmakan. hehe.. ) tetiba mai sakit plak dah.. huhu.. jom2 g makan nasik plak.. rosak diet aku kalau macam ni tiap2 ari. huhu..

Thursday, December 23, 2010

just wanna say..

saya sayang awak..~
ok fine !! i really miss my frenz. so what?? aku xleh kuar lepak jumpa2 diorang semua.. habiskan masa hanya di rumah allllllll the time.. nak pegi mana2 pon dengan family.. and belum skali pon lagi dalam cuti ni aku nampak muka kawan2 aku.. sebabnya, aku sendiri xkuar rumah. bukan sebab belagak ke hapa tapi sebab diri aku yang memang serba kekurangan. bukan bermaksud cacat atau OKU tapi xdak transport untuk pegi.. kalau nak jalan kaki pegi rumah kawan memang kompem2 balik sakit kaki atau dalam erti kata lain badan pon boleh kurus. (duh.. whateva~ ) aku xleh bawak moto.. kereta boleh bawak tapi ayah aku sendiri xharapkan aku bawak.. aku punya P dah nak tamat tapi boleh bilang dengan jari tangan. xpayah guna jari kaki pon berapa kali aku drive.. memalukan~

dan aku mengaku yang aku betul2 terasa bila tengok kawan2 aku happy bley jumpa kawan2.. boleh lepak2 sama2.. tambah2 lak bila kawan2 lama aku, geng2 yang paling aku sayang masa aku form 1 hang out bersama2.. dan aku salah seorang daripada geng tu langsung xjoin. macam mana nak join kalau aku sendiri xelh nak kuar rumah.. no wonder la kalau ada kawan2 aku yang perli aku dengan kata2 sinis. apa aku pedulik dengan kata2 ampa.. kalau ampa duk kat tempat aku skang baru ampa tau cemana rasanya.~

aku ada bf.. tapi xleh jumpa jugak.ampa ada rasa x apa yang aku rasa? bf aku sendiri pon bley kuar jumpa kawan2.. cerita pegi mana ari ni.. lepak mana.. dengan sapa.. balik pukul berapa..tapi seriously aku xkisah semua tu.. life masing2.. tapi kenapa aku rasa xhappy ar? rasa macam ada batu besaq duk hempap atas pala aku.. nak luah rasa macam nant memakan diri pulak.. nak simpan takut lama2 meletup.. jangan marahkan aku kalau aku ni seorang yang cepat melenting.. cepat mengamuk.. merajuk xtentu pasal.. sebab apa yang aku rasa skang betul2 buat aku tension sangat2.. sebab aku xdak kawan yang boleh nak angkut usung aku sana sini.. tambah lak dengan parent sendiri anggap aku macam budak kecik.. xbagi p merata.. yup.. aku memang budak kecik.. dari kecik sampai kecik macam ni pon still xberubah.. salah aku kah kalau perangai aku macam ni? 

hidup setiap orang berlainan.. dan ini hidup aku. penuh dengan tekanan.. ada orang walaupun parent jenis yang tegas but still boleh jumpa kawan2.. tapi aku xboleh.. tetap di rumah.. kalau parent marah kurang2 ampa leh kuar enjoy dengan kawan2 kat luar.. tapi aku?? tadah la telinga 24jam seari semalam.. xleh kuar mana2 pon.. nak mengadu?? kat sapa? rasa2 ada yang paham aku x? aku xpernah cerita dekat orang apa aku rasa.. diary aku sendiri pon kalau dia boleh cakap rasanya mesti dia pon dah meluat dekat aku.

apa lagi yang patut aku ubah? kurangkan menangis? aku rasa dengan nangis je aku leh hilangkan tension aku yang bertapuk kat diri aku nih.. kurangkan cemburu? yup.. dah berkurang banyak dah.. walaupun kadang2 rasa sakit ati 2 ada sebab aku betul2 bergantung dekat orang yang paling aku sayang. xkisah la yang tu.. aku sendiri pon ada life yang lebih kurang macam tu jugak.. 

dah la.. ayat aku ni kengkadang macam lari topik pon ada.. maklum la dah gelong.. macam ni la jadinya.. =.=

Tuesday, December 21, 2010

makkk !!!! apa nie?? orang nak g situ dia pon nak p jugak..!! sengaja ke kebetulan nie?? arghh.. ni yang aku start nak benci nie. kenapa mesti jadi macam nie?? hadoiii laa..   ;'(((((

Sunday, December 19, 2010

hello again~

apa yg boleh aku wat dengan blog ni ha bg lawa sket?? duk hudoh gutu jgak. hahaha.. ( bahasa xleh blah! ) xreti aku nk wat bg lawa.. tukang pomen pon xmai lagi. haha..  actually aku bosan dah nak menulis ni cuma disebabkan rasa xdak keja nk wat so aku pon tulis jugak lah. haha.. ;p

di saat2 bosan macam ni aku suka edit gambaq je la.. yg huduh bertambah huduh. haha.. maklumlah.. bukan seorang yang professional.. wat untuk suka2 jer.. sebenarnya aku rindu banget dekat orang lam gambaq tu.. thats why la aku edit. hahaha.. ;p

dah la.. merapu pa ntah panjang2 ngat. macam nk wat esei form 5 ja.. meluat dah aku. huhu.. out dulu.. bye sayangku blog!! hehe.. ;DD

Friday, December 10, 2010

penantian telahpon tamat !!

setelah sekian lama duk ketaq pala lutut duk takut sal result yg bakal keluar akhirnya ari ni telah terjawab!! ya ampun... sumpah aku takut gila baby.. serius aku cakap, semua subjek merupakan killer subjek bg aku sem ni.. memang parah!! dan akhirnya, alhamdulillah.... jawapan yang agak memuaskan ati aku (sebab xdak subjek yg kena repeat) telah menyedapkan rasa ketidaksenangan duduk aku ni.. huhu.. tapi my dad doesn't know lagi sebab takut nak gtau.. mesti kena tarbiah ngan dia punya sebab pointer turun agak banyak walaupun still 3.++.. later on la aku gtau dia.. huhu... takott !!!


actually, aku sempat lagi mengenjoykan diri aku selama 3minggu kat kL. weeee... !! just me n my little sis g sana.. dalam 3minggu tu, pandai2 la kami bahagi masa antara umah angah, alang dan abang.. tu pon still ada yang xpuas ati lagi. haha.. nampaknya aku n adik aku pon menjadi rebutan jugak.. even dulu aku penah gado teruk ngan kakak2 aku.. but like i said, let bygone be bygone.. buat apa nak ingat benda yang da lepas kan?? :)


balik je dari kL aku dapat demam + selsema + batuk AGAIN!! baru lega je ritu.. pastu dapat lagi.. tapi skang semuanya dah ok.. yang tinggal cuma batuk.. batuk yang amat teruk.. malam2 sampai xboleh nak tido.. semalam aku sepatotnya da tido masa pukul 12 lepas mesej ngan sayang tapi pukul 2 pon still duk batuk n xboleh nak tido2 lagi.. geramnyaaaa... apa boleh buat.. sabau je la.. ubat sampai nak habis dah.. entah berapa botol ubat batuk yang perlu aku makan baru nak bley lega cepat..


ok lar.. rancangan fevret aku dah menunggu (american next top model..) hehehe.. i like that show.. btw, ni aku tunjukkan sket kenangan aku lepak kat kL.. (sempat tangkap gambaq masa kuaq ngan abang ja.. yang lain xsempat. harap maaf yer.. ) kepada alang, phlissss jangan upload gambaq aku masa aku main bumper car 2 masuk fb.. sangat hudoh!! haha.. (kena paksa main dengan abang.. ) huhu.. malu jer.. but really enjoyable!!  

me n abg at sunway pyramid
keja gado je kami dua.. hehe..

marche..
his children really wanna makes me angry alllll the time..
hurghh~ sabau jer..

akhirnya~
abg: jom tgk dinosaur??
me:=.= ok lor.. hehe..


budak yg pndai posing..
tapi buas.. haihh~




blur sket sbb nisha yg ambil~

akhirnya bley gak aku mkn nasik setelah 4ari aku xjumpa
nasik.. abg aku sndri pon dah pgl aku italian girl..
ari2 mkn pasta.. huhu...