duit poket

Wednesday, June 30, 2010

CaN sOmeBodY heLp mE plEasE??

 HARI YANG DITUNGGU-TUNGGU BAKAL MUNCUL

erghhh~~ i hate this day..

WHY??

because i have to pack my all things.. this coming saturday i will going back to my "heaven"..

can someone come and help me doing all this?? =D

so tired lorh~

and hungry...

wanna eat BUT...

i'm fasting..!!

doesn't eat anything last night..

terribly tired~

wanna sleep...but..

I CAN'T!!

i still have more works to settle this day..

GOD!!

please help me...

and i also feel so lazy to continue my study..

WHY again??

you asked me and i don't know how to answer your question.. hehehe.... =D

MIRA BAZLA!!

owh... someone has called my name.

gotta go.!!

i have to continue my work.

see ya!!

=)

(here i come..!!..)

Tuesday, June 29, 2010

hElp Me!!

cAn sOmeOnE gIve Me SomE tiPs oN hoW tO reDucE mY weIghT???

iM reAlLy dEpResSed aBouT tHis MatTer..

pLeaSe hElp Me!!

I waNna sTay SlIm LikE beFoRe..

HuHu~~

='(

LisTen HerE tO alL mY neW frEnz iN fAceBoOk!!

walaupun blog aku ni bknlah untuk tontonan umum sebab aku xpublish my link untuk korang tgk, BUT what i wanna say here is about your attitude towards your new friends that you already added to become your friend.

apa yang aku nak ckp kat sini ialah, tentang your bad manner towards other people. korang xhormat orang lain. kalau baru kenal, baru add, hati budi pon xpernah tahu, lubang hidung pon korang xpernah nampak, jangan nak bagi komen belagak konon2 korang ni macam dah lama kenal.

serious aku ckp, aku cukup pantang kalau orang yang sikit pon xpernah kenal, tetiba masuk page aku bagi komen merapu2. orang macam ni jangan ingat aku xpernah remove dari jadi friend aku. and aku xkan teragak-agak nk blocked orang yang species macam ni.

aku mintak korang sebagai kwn baru aku yang xpernah kenal, wat cara seperti xkenal. please give some respect. sila guna bahasa yang orang xkan sakit hati dan menyampah ngan korang.

dah banyak kali aku kena macam ni. jangan sampai aku menyampah ngan korang. nak bagi nasihat 2 boleh kalau dah korang 2 BAIK sangat. TAPI sebelum korang bagi nasihat kat orang atau lebih tepat lg pada aku sendiri, sila nasihat diri sendiri dulu dan FIKIR apa orang lain akan rasa sama ada orang itu akan terasa hati atau x.

korang masing-masing dah besar.. dah boleh beza mana yang baik and mana yang buruk. jangan sampai orang cakap korang ni xdak akal. nak bagi komen kat page kwn baru mmg boleh..but please guna la bahasa yang sopan.

jangan ingat aku belagak. aku xbelagak cuma aku bersikap macam ni utk certain people saja.. kalau aku melayan perangai korang, korang jugak yang akan anggap lain terhadap aku. aku cukup xsuka berlebih-lebih dengan orang yang baru aku kenal so please understand me. nak ajak aku komen ngan korang pon, sila cari ayat yang sopan dulu sebelum terjah masuk ke page aku.

segala jasa anda semua amat saya hargai. THANKS~

another story from me..

so bored.. memandangkan aku dah lama xbukak blog aku untuk menulis. 24jam hanya untuk facebook saja.. :p

and now here i come again!  =))

setelah sekian lama membisu, banyak cerita yang sudah terkumpul dan menunggu masa untuk diluahkan dalam blog ni. (but not all..) ngee~

cuti aku selama 2 bulan hampir tamat walaupun aku xtau apa faedah yang aku dapat sepanjang cuti ni. nak kata menambahkan duit poket, xpon.. mengurangkan duit lg ada la.. huhu.. apa yang aku tau, this holiday is really great! aku bersama rakan-rakan baik aku berkumpul semula.. hubungan aku bersama rakan yang telah dan pernah terputus dahulu dan baru-baru ini juga telah dieratkan kembali.. so no wonder la im really happy rite now.. =) bak kata orang, buang yang keruh, ambil yang jernih...

kenangan yang memang jarang kami  dapat waktu zaman sekolah dulu baru sekarang boleh dinikmati oleh aku. baru aku tahu apa erti persahabatan yang sebenar. baru sekarang aku diberi peluang untuk merasai semua tu. xmcm masa dulu. aku sering disisihkan sehingga jemputan untuk ke reunion pon aku xdapat. hanya disebabkan keadaan aku yang tidak mengizinkan..

bertambah happy lagi pabila aku telah ditemukan dgn orang yang betul2 aku suka dan juga disukai oleh orang dalam rumah aku sendiri. aku tidak mempunyai niat mahu mempermainkan perasaan orang.. aku xpernah nak menipu dalam hal begini.. aku benar2 berharap yang semua orang dapat memahami aku dan aku harap kali ni aku telah membuat keputusan yang tepat..

dalam kegembiraan yang aku dapat, turut diselitkan kesedihan yang melampau pada masa yang sama. tp bak kata org, air yang dicincang xkan putus.. mcm 2 juga lah apa yg terjadi atas diri aku. aku kini sudah xkisah, tidak mahu ambil peduli. bukan aku yang nk ckp mcm 2. tp aku terpaksa..apa pon aku minta maaf sgt2 atas apa yang telah terjadi.aku harap kita semua dapat kembali ceria seperti dahulu.aku tersangat-sangat rindukan korang.. ='(

setelah penat mengalirkan air mata untuk entah berapa ari, aku ingin sekali menenangkan fkiran aku. berjumpa dia, rakan2 aku.. makan bersama.. jalan-jalan..(first time dalam seumur hidup aku, aku dapat kuar a.star dgn kwn2..mmg sedih..)..main boling bersama..(juga 1st time main..)..mmg best sgt..tp aku xsangka juga keadaan telah bertukar menjadi muram hingga air mata hampir jatuh lagi..tp di kemudian hari baru aku paham apa yang terjadi sebenarnya..

so kesimpulan dari kisah aku, hidup bagaikan roda.. kadang2 happy, kadang2 tak..apa yang penting kita perlu tabah terima kenyataan dan menyesali semua perbuatan yang kita lakukan dan janji xkan buat lagi..yang baik kita ambil.. apa yang kurang, kita letak je kat tepi..

SMILE ALWAYS!! =)

Sunday, June 27, 2010

penamat segalanya~

bila teringat, maka air mata la yg akan mngalir keluar.. membasahi pipi..hati pon akan mnjadi sakit dgn tiba2.. ya.. aku mngaku semuanya berpunca dari aku yg jahil ni tp.. tidak ada kah sebarang belas kasihan dari kalian? tiada kah sebarang penerangan tentang maksud kalian terhadap saya? kenapa saya dibiarkan terus dalam belenggu maksud kalian? dgn tiba2, anda membuang saya dari menjadi senarai rakan2 anda tanpa ada sebarang pemberitahuan. saya sgt tergamam dgn tindakan anda.. bila saya bertanya dgn penuh rasa musykil kepada seorg lg, anda pula mnjawab dgn penuh rasa benci walhal saya sedikit pon tidak paham maksud anda.. kenapa saya dilayan begini? dan akhirnya,, sayalah juga org yg terpaksa meminta maaf kepada anda berdua. tp kalian?? kalian telah mengutuk saya di depan org ramai di samping telah menjatuhkan maruah saya... padahal kalian juga mempunyai salah terhadap saya. ya saya tahu bahawa kalian lebih tua dari saya tp apa pula hak saya sebagai org yg muda dari kalian? hanya disebabkan saya muda dari kalian maka kalian boleh melanyak saya dengan sesuka ati kalian? begitukah??


saya tidak mempunyai sesiapa melainkan mak dan org yg saya sdg sanjung lg sayang pada masa sekarang..tetapi sebagai seorang ibu,, beliau tidak boleh menyebelahi sebelah pihak.. dan dia pula? tidak ada rasa malu kah jika saya terus menerus menceritakan hal peribadi saya pada dia? pada siapa patot saya luahkan? tetapi lihatlah anda berdua.. anda mempunyai suami dan anak yg  sentiasa akan menyebelahi anda.. juga keluarga mertua yg akan sentiasa memberikan sepenuhnya sokongan pada anda.. apa pula yg ada pada saya??


di saat mak mahu menyebelahi saya, kalian menyatakan bahawa mak berat sebelah.. tidak menyebelahi kalian.. padahal dia tidak sedikit pon berlaku sedemikian rupa. kalian mmg tidak ada sedikit rasa kasihan pada saya.. di saat saya mahu berasa gembira bila disayangi oleh org lain, tetapi hanya kerana komen hasutan dari org luar,, kalian telah berubah menjadi begini.. sampai hati kalian kan?


kalian hanya memikirkan kesedihan kalian yg boleh berhenti pada bila2 masa shaja kerana sentiasa mndapat sokongan yg padu lg jitu dari org tersayang.. bagaimana pula dengan kesedihan saya yg tidak mempunyai sesiapa? adakah kalian memikirkan soal saya atau kalian sekadar memikirkan soal kalian saja?


saya telah pon tersalah tafsir dgn kalian berdua.. saya fikir, kalian merupakan tempat utk saya mngadu segala masalah yg saya hadapi.tetapi saya silap sama sekali..


saya ingin sekali bertanya kepada anda.. kenapa anda membuang saya dari senarai rakan2 anda tanpa diberi sebarang penjelasan terlebih dahulu? adakah kerana saya telah memadamkan komen tersebut dan anda tidak dapat memberikan penjelasan? kenapa anda tidak menulis di lembaran yg baru di halaman saya? sampai sekarang saya masih lg musykil dgn anda..


lebih menghairankan saya,, pabila saya menghantar mesej kepada seorg lg,, kenapa anda menjawab soalan saya dgn penuh rasa biadap? kenapa anda menjawab sebegitu? padahal saya sdg bertanya kepada anda.. saya benar2 tidak tahu dan tidak paham sama sekali apa yg sdg berlaku..


bak kata org,, biarlah kita yg muda ini mengalah..ya saya telah pon beralah dgn kalian.. entah berapa kali saya asyik meminta maaf kepada anda di ruangan saya.. tetapi bila saya baca di ruangan kalian,rupa-rupanya kalian sdg asyik mengutuk saya itu dan ini.. adakah selama ini saya sedang mengutuk kalian sehingga sanggup menulis sebegitu terhadap saya? jgn kalian salah paham pula terhadap status perihal diri saya yg saya tulis di sebelah bwh gambar profil saya.. saya tulis kalian *** TERBAEKK adalah setelah anda membuang saya dari senarai rakan dan juga setelah saya dimaki oleh anda dgn tiba2.. bkn setelah saya menulis ayt abaikan itu kepada kalian..


sesungguhnya saya berasa sgt benci terhadap diri saya sendiri dan kadang2 merasakan bahwa saya tidak ingin lg berada di atas muka bumi ni.. tetapi oleh kerana saya masih lg mempunyai org yg amat saya sayang pada masa sekarang, saya kuatkan juga hidup saya walaupon tanpa kehadiran kalian berdua..


pada mula nya saya fikir, kalian lebih memahami saya berbanding sesiapa pon. tetapi rupa-rupanya kalian sedikit pon tidak pernah memahami saya.. tentang perangai saya..tingkah laku saya.. tetapi saya amat kenal dgn perangai kalian.. seorang mempunyai karakter yg amat manja, garang, kdg2 sedikit ego, penuh keyakinan diri.. manakala seorang lg boleh dikatakan lemah lembut tetapi berbisa, pandai, sopan, selalu menitiskan air mata dgn mudah.. tetapi jika saya meminta kalian menyenaraikan karakter saya pula,, dapatkah kalian berbuat demikian?


sesungguhnya saya berasa sangat sedih dgn kalian.. saya sgt menyayangi kalian.. kalian juga mengaku sendiri bhawa bnda ini merupakan salah yg kecil dan tidak perlu diperbesarkan.. tetapi kenapa sampai nk membuang saya? kenapa sampai selalu asyik mempertahankan diri masing2? dan saya tidak pernah nampak sebarang ayt minta maaf pon dari kalian melainkan saya yg ntah berapa kali meminta maaf pd kalian..


dan kesudahannya,, begini lah jadinya.. saya benar2 keseorangan.. tiada org yg akan dan pernah memahami saya sampai bila2.. skali lagi saya ingin meminta maaf kapada kalian atas perangai saya yg buruk, huduh, jelik dan sebagainya.. saya minta kalian halalkan lah segala mkn dan minum saya selama ini.. segala perbelanjaan kalian terhadap saya.. maafkan saya kerana terpaksa menanggung saya selama ini dan saya juga tidak meminta utk dilahirkan ke dunia ini.. banyak dosa yg telah saya lakukan terhadap kalian.. ampunkan lah dosa2 saya..saya sudah tidak layak lg berada di samping kalian.. bahagia lah kalian bersama org tersayang. saya ingin mengundur diri..


walau apa pon kesudahannya.. saya masih lagi menyayangi kalian walaupon kalian sudah membenci saya dgn sepenuh hati kalian berdua..

thanx for everything~

i love both of you..

='(