duit poket

Friday, August 31, 2012

The Hijabistassss

Assalamualaikum peeps..

Hari ni just nak cakap pasal this one type of magazine larh. Hijabista.. Baru baru ni ada beli majalah ni and quite interesting. Kebanyakan fashion dalam tu boleh diterima oleh diriku except for the tudungs. Because all the way that they are wearing the hijabs memang tak menunjukkan diriku. Actually their styles are great cuma   me myself yang kureng reti dalam bab bab fashion ni because i'm just a bawal lover. *wink :D



Bila first time tengok buku ni macam, "alahh..lebih kurang macam buku teens yang lain la nie..xdak bezanya." Tapi bila their next keluaran and Maria Elena as the model for their cover, terus rasa macam, woww.. i need to grab this once. As we all know Maria Elena is such a famous person dalam bidang fashion muslimah and also hijab. And she's also a famous vlogger macam Mat Lutfi yang korang minat sangat tuh. hihi.. Walaupun beliau cuma model untuk cover majalah je, but dia dah pun menarik minat buyers macam aku untuk grab this magazine. alaaa macam orang yang jual produk kecantikan la.. Mestilah diorang gunakan model model yang putih melepak lagi gebu as their duta kan. Baru lah boleh laku. mm mm


So girls yang menitikberatkan fashion terkini i betul betul suggest to you this magazine. If you want lah. Kalau taknak pun hak korang. WHO AM I rightt... haha.. *ayat maria* :P For this coming September *ohh already September lah* Natasha Hudson akan jadi cover depan majalah. And i dah beli !! :D 

Thursday, August 30, 2012

Alhamdulillah Rezeki Allah

Assalamualaikum... :)

Hye semua.. Aku masa kini sangat seronok lagi teruja sebab akhirnya doaku dah pon dimakbulkan Allah s.w.t untuk diterima masuk menyambung semula pengajianku dalam peringkat ijazah. Alhamdulillah.. Syukran ya Allah.. :)

SURAT
TAWARAN PENERAPAN
Bahagian Pengambilan Pelajar
Universiti Teknologi MARA

40450, Shah Alam Selangor
Tel: (603)5544 3164 Faks: (603) 5544 3170

Mengubah Destini Anak Bangsa
AMIRAH BAZLAA BINTI IDRIS
LOT 62,KG BAROHKAS,KM38
JALAN PEDU
06300, KUALA NERANG
KEDAH
No Pelajar:
20126
No Kad Pengenalan:

Sukacita dimaklumkan bahawa anda ditawarkan tempat untuk mengikuti program di UiTM:
Program
:
BM229
Sepenuh Masa
SARJANA MUDA (KEPUJIAN) PENTADBIRAN PERNIAGAAN (PERBANKAN ISLAM)
FAKULTI PENGURUSAN PERNIAGAAN
Sesi Kemasukan
: Semester 1 2012/2013 
Kampus
: K - UiTM Kampus Sungai Petani 
Tempat Daftar : UITM KAMPUS SUNGAI PETANI
08400 MERBUK, KEDAH


Terima kasih ya Allah.. :))

Saturday, August 25, 2012

Muhasabahlah wahai diri

Hanya padamu aku berlindung agar kau jauhkan diriku dari perasaan salah sangka dan marah. Sesungguhnya itu adalah perangai syaitan..

Tolonglah Kau lindungi diriku serta jauhkanlah aku dari sifat waswas terhadap seseorang.. Yakinkanlah aku terhadap sesuatu perkara.. 

Kau bantulah aku untuk berfikir dahulu sebelum bertindak. Janganlah biarkan diriku dibelenggu nafsu untuk kepuasan diri semata mata..

Kau sabarkan aku dalam setiap perkara.. Aku ingin tergolong dalam golongan orangorang yang sabar.. Bantu serta bimbinglah aku ya Allah..

Aku berharap agar sifatsifat mazmumah aku ini tidak menjadikan diriku sebagai seorang yang dapat merosakkan hubungan dengan orang lain. Terutama dengan keluarga.. Jauhkanlah ia dari berlaku ya Allah..

Aku sedar atas kejahilan diriku selama ini.. Berikanlah diriku ruang dan peluang untuk berubah. Bukan sahaja dari segi luaran, bahkan dari segi dalaman termasuklah cara diriku berfikir serta bertindak..

Kau kurniakanlah aku akal yang dapat berfungsi dengan waras supaya aku tahu apa yang dapat memberikan kebaikan pada diriku serta orangorang di sekelilingku.. 

Aku mohon ya Allah.. Kau peliharalah hubunganku sesama keluarga, sahabat, orang yang ku sayang, semua umatmu di atas muka bumi ini supaya diriku tidak lagi menyakiti mereka semua jika ada..

p/s: Jauhkanlah aku dari sifat2 yang dapat menyakiti hati kedua orang tuaku..Jauhkanlah diriku dari menjadi anak yang derhaka.. Peliharalah diriku ya Allah.. Kuatkanlah imanku serta amal ibadatku.. Kerana aku amat menyayangiMu sebagai yang utama.. :')

Friday, August 24, 2012

izinkanku berubah :')

Ya Allah..
sesungguhnya hambamu ini benarbenar mempunyai niat untuk berubah untuk menjadi yang lebih baik.
Kau bukakanlah pintu hati ku ini untuk menerima seruan dariMu ya Allah..
Sesungguhnya aku ingin sekali berada dalam keadaan yang sentiasa diredhai olehMu..

Aku hanyalah manusia biasa yang seringkali digoda kerana kurangnya keteguhan iman..
Lindungilah diriku ya Allah..
sekurang kurangnya aku ingin berada dalam keadaan yang sentiasa dirahmati olehMu..

Aku bersyukur ke hadratMu kerana Engkau telah ketemukan aku dengan seorang yang bernama SAHABAT..
Sahabat yang dapat membimbingku ke jalan yang Engkau restui..
Walaupun berusa hanyalah seketika, tapi kesannya amat mendalam bagi diriku..
Aku amat bersyukur serta berterima kasih padaMu kerana mengizinkanku berjumpa dengan beliau..
Sesungguhnya aku amat menyayangi serta merindui beliau..

Duhai sahabatku,
Inginku sampaikan padamu bahawa engkaulah sahabatku dunia dan akhirat..
Syukran kerana engkau telah berjaya membuka pintu hatiku untuk mencuba sedikitsedikit ke arah yang lebih baik..
Ku selalu mendoakan agar kita dapat berjumpa lagi suatu ketika nanti. InsyaAllah..
Syukran juga kerana engkau telah membuat diriku malu dengan caraku yang tidak sepatutnya aku tonjolkan..
Aku benarbenar berharap agar aku akan berubah dengan sepenuhnya suatu ketika nant..
Sama seperti dirimu.. :)
Aku benarbenar merinduimu wahai sahabat..

Friends forever till jannah.. InsyaAllah.. :)