duit poket

Friday, October 26, 2012

hari raya Aidiladha

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha.. Maaf zahir dan batin atas segala salah dan silap saya terhadap sesiapa sahaja yang saya pernah secara sengaja mahupun tidak telah menyakiti andaanda sekalian. :)

di hari raya ni kampung aku takdak buat korban pon untuk tahun ini. so kami just melepak dengan sedara mara, mengumpul makanan di dalam perut je. hehe.. tahun ni agak sunyi sebab adik beradik aku yang lain pon takder sapa pon yang balik. yang ada cuma aku ngan adik aku ja. balik kampung kat perlis pon orang jauh tak balik. so kampung pon jadi sunyi. boring je. 

masa dekat umah makngah tadi sepupu aku yang tengah kerja kat mekah sekarang ni atas sebab dia kena posting ke sana dalam musim haji ni ada kirim baju baju jubah yang banyak sangat. so aku n mak aku dapat la sorang sehelai. dengan inai-inai, perfume..etc.. alhamdulillah dapat baju.. jubah tok arab. hehe..


ok ini naufal.. sangaaaattttttttt pandai bercakap ! macam orang tua. n best sangat sembang dengan dia. dia dah mula rapat dengan aku. pergi sana sini dah pandai tarik tangan aku suruh ikut dia. nak suruh dia kiss pon kena ikut dia dulu. dan muka dia sebijik macam arwah papa dia, iaitu merangkap sepupu aku. hmm rindu sangat dekat arwah.. masih muda dan pemergian dia yang mengejut tu memang tak dapat nak sangka. bila tengok muka naufal, memang teringat dekat arwah. cara dia bercakap, gaya, muka, n semuanya memang sama macam arwah. sedih sangat tadi bila makngah bercerita tentang ni tadi. dan esok iaiti pada hari raya haji yang kedua maka genaplah setahun pemergian arwah. Alfatihah.. :')


No comments:

Post a Comment