Assalamualaikum :)
Hari ini, 20hb September maka genaplah 2 minggu aku berada di Merbok sebagai pelajar degree dan bukan lagi sebagai student diploma. wahh tua sudah aku ! :p Hari demi hari sebagai student degree sedikit sebanyak mematangkan aku dalam beberapa perkara walaupun ada sesetengah hal yang aku masih bersikap ala ala budak yang xcukup makan. *duhh*
Sepanjang tempoh 2 minggu ni, aku dapat belajar untuk menguruskan segala mak nenek seorang diri dan hanya ditemani oleh rakan rakan yang turut serta membantu aku. *thanks uolls :p * Masa sekarang ni takder lagi lahhh mak kat sebelah duk ikot je pergi sana pergi sini. kau buat la sendiri oke.
Dan rumah sewa aku sem ni pon lebih bagus dan berkualiti berbanding zaman diploma dulu yang dah macam tongkang pecah ! sangat seram dan sangat PENAT mencuci rumah tersebut. housemates pon semuanya ok.. Jiran pun baik walaupun sometimes tu agak annoyed sebab terlampau RAJIN bersembang sampai tak boleh berhenti.
Disebabkan student baru, so terpaksalah berjimat cermat dari segi duit dan segala penggunaan lain. Biasalah bila PTPTN belum masuk n nak urus segala dokumen tu bukan nya senang ! banyak betul kerenah dia. Demi duit yang bakal nak masuk terpaksalah bersabar banyak. haha :D
guys, bersabarlah kay.. :D :D :D
No comments:
Post a Comment