duit poket

Saturday, August 25, 2012

Muhasabahlah wahai diri

Hanya padamu aku berlindung agar kau jauhkan diriku dari perasaan salah sangka dan marah. Sesungguhnya itu adalah perangai syaitan..

Tolonglah Kau lindungi diriku serta jauhkanlah aku dari sifat waswas terhadap seseorang.. Yakinkanlah aku terhadap sesuatu perkara.. 

Kau bantulah aku untuk berfikir dahulu sebelum bertindak. Janganlah biarkan diriku dibelenggu nafsu untuk kepuasan diri semata mata..

Kau sabarkan aku dalam setiap perkara.. Aku ingin tergolong dalam golongan orangorang yang sabar.. Bantu serta bimbinglah aku ya Allah..

Aku berharap agar sifatsifat mazmumah aku ini tidak menjadikan diriku sebagai seorang yang dapat merosakkan hubungan dengan orang lain. Terutama dengan keluarga.. Jauhkanlah ia dari berlaku ya Allah..

Aku sedar atas kejahilan diriku selama ini.. Berikanlah diriku ruang dan peluang untuk berubah. Bukan sahaja dari segi luaran, bahkan dari segi dalaman termasuklah cara diriku berfikir serta bertindak..

Kau kurniakanlah aku akal yang dapat berfungsi dengan waras supaya aku tahu apa yang dapat memberikan kebaikan pada diriku serta orangorang di sekelilingku.. 

Aku mohon ya Allah.. Kau peliharalah hubunganku sesama keluarga, sahabat, orang yang ku sayang, semua umatmu di atas muka bumi ini supaya diriku tidak lagi menyakiti mereka semua jika ada..

p/s: Jauhkanlah aku dari sifat2 yang dapat menyakiti hati kedua orang tuaku..Jauhkanlah diriku dari menjadi anak yang derhaka.. Peliharalah diriku ya Allah.. Kuatkanlah imanku serta amal ibadatku.. Kerana aku amat menyayangiMu sebagai yang utama.. :')

No comments:

Post a Comment