duit poket

Friday, February 24, 2012

how to protect yourself.. :D

assalamualaikum...

for today's entry i just wanna share something dengan suma orang tentang keselamatan diri masa kini.. 
sekarang ni kita semua tau kan yang bukan selamat pon untuk kita kaum gurl-gurl ni keluar rumah sengsorang merayau merata.. tapi tanpa kita sedar, dekat diri kita ni macammacam perkakas yang kita ada that can be use as a protection. contohnya seperti kasut, handbag, jarum peniti atas kepala, kuku yang disimpan panjang..etc~ so for tonight entry i just want to talk a lil bit on how to protect yourself when you are walking alone... *ayat macam gampang ja kan? macam gudgud ja kan?* :P

1. jarum peniti
ok ! jarum peniti ni kalau terkena sikit pon mesti berdarah sebab tajam.. kalau sesapa yang kena kacau, just ambik je jarum ni then kasi cucukcucuk je dekat si penjahat tu.. paling tidak pon mesti dia menjerit sambil meloncat-loncat macam kera sebab sakit. kalau dia ada hati nak kacau lagi, pacak je teros pin tu kat memana anggota badan dia.. kompem lari. huhu

2. handbag
macam biasalah kalau dah nama pompuan tu mana leh berjauhan dari handbag.. and kalau sesapa selongkar dalam bag tu mesti macammacam keluar.. *ala-ala doremon gitu* contohnya seperti perfume, lotion, compact powder, lipstik or lip balm, deodorant, chewing gum, ubat, purse, phone, bla n bla n bla.....
kalau ada orang yang nak kacau, automatically tangan akan menyeluk ke dalam handbag n sambar je perfume or deodorant spray tu pon dah bley jadi umpama gas pemedih mata. simple kan?? kompem-kompem penyagak tu terkebil-kebil je bijik mata macam ikan nak mati. kalau still tak puas ati jugak lagi, bley laa kasi spray mata dia sket lagi sebelum cabut. haha.. ;p *better jangan buat macam tu..lari je terus k? huhu*


3. kasut 
bagi merekamereka yang suka memakai high heel ni sangat beruntung kerana ia juga boleh digunakan as a tool to protect themselves daripada orangorang yang suka menyusahkan orang lain. caranya senang je. kasut seperti ini boleh digunakan untuk mengetuk kepala si penjahat sehinggalah kepala mereka tu berlubang atau terbenam terus dalam kepala atau sehingga biol. tak pon boley je pijakpijak perut diorang tu sampai tembus n macammacam lagi.. segalanya mengikut kretiviti masingmasing dalam mempelbagaikan cara penggunaan. *LoL*

4.kuku
kebanyakan pompuan banyak yang suka simpan kuku panjang. *tapi saya tak la maksudkan semua. i mean, sesetengah.* kuku ni actually boleh digunakan untuk mencakar mangsamangsa mereka jika mereka merasakan yang diri mereka tidak selamat.. once anda kena kacau, cakar je terus. tak payah pikir banyakbanyak. buang masa jer. haha.. tips ni boleh la jugak digunakan di kala korang geram dekat bf ke..sesapa ke.. agakagak geram, cakar je teros.. :P *better jangan. huhu*

Sunday, February 19, 2012

memory last sem..

18hb Feb 2012..

bermula dari pagi hari, bangun dah pukul 8 lebey.. *tu pon sebab member duk kalut ligan kucing masuk rumah.. -.-"  * dengan penuh semangat yang berkobar-kobar di dada aku terus g mandi, siap2 semua apa yang patut semata-mata nak attend sports day untuk sem yang terakhir ni.. *insyaAllah..* tapi sebelum tu, tak lupa untuk kenakan sunblock di muka setebal yang mungkin sebab takot muka berbelang macam pakai topeng bila bukak tudung nanti.. *ayah pernah cakap anak dia dah macam rupa negro dah. muka berbelang-belang.. huhu =.=!  *

setibanya kat sana, *terlepas pocopoco.. huhu..* kelihatan budak part 6 ramai jugak yang datang..awal plak tu. kul 8 lebey dah terpacul kat tengahtengah padang..rajin betul..memang tabik spring laa kat ampa semua.. :D

first game yang aku masuk main, iaitu bawak bola dalam sudu.. walaupon game ni bodohbodoh je, tapi senang nak dapat hadiah. and group kami menang untuk game ni.. haha.. *tahniah untuk group kami*

budakbudak gila aku nih.. -_-"
game lain macam futsal pon aku masuk..*sumpah cam nak pitam tengah padang.. mcm nak give up je. haha* but at last kami kalah dengan budak part 2.. malu gila. haha.. tapi mananya tak kalah, keja gelak bagai nak rak je kat tengah padang tu.. memang sampai esok pon bola tak masuk gol. haha..

tepung yang dipenuhi ulat roti. EEWWW~
haiwan yang paling aku tak suka. ULAT. *eeewww~~* ok merekamereka semua sangat suka membuli aku.. sehingga aku terpaksa berlari 4x100m kelliling padang UiTM semata-mata nak lari dari manusia yang meligan aku dengan ulat nih.. aku palling tak suka haiwan yang panjang2..licin2..lembik2.. eeeii yeerkkk..!! cering bulu tengkuk aku.. 

p/s: lepas ni jangan sapasapa pon yang nak try ajak aku lari macam tu dengan ulat2 n haiwan yang seangkatan dengannya... serious aku lari tak cukup tanah nanti.. huhu.. kesian kat aku.. :P

**********************

waktu malam pulak kitorang sibuk dengan preparation for dinner pulak.. start mekap dari pukul 6.. sampai pukul 8 pon still ada yang kurang. haha.. memang dasar perempuan betul..  =.=

masa duk tengah cewi dalam rumah. haha
sampai je kat dalam dewan hotel, depa ada wat persembahan..menari bagai.. paling best, lecturer pon menari.. serious sporting habis.. jujur aku cakap, dulu aku tak la suka sangat lecturer tu sebab ada aura nak marah aku sebab bercakap dalam examination hall.. haha.. ;P


bab makanan dia, ermm.. urmmm.. aku ni tak pandai nk condemn sangat tapi kureng sedap laa malam tu.. boley tahan je.. nak makan banyak pon tak boleh sebab perut meragam teruk. tapi kira boley2 je la.. *tak tau cemana nak cakap bab nih.. =.= *

mamat retro.. kepoh je.. haha..

minah retro. heeee

housemates..

DIB 6A..

jom merempit !! haha

hadiah sebagai exco perhubungan.. :)
the best memory ever..  lepas ni akan terkenang-kenang saat2 yang macam ni.. hehe.. ;)

Friday, January 27, 2012

heyya !

i'm so bored here.. nothing to do even i know there's soooo much work to be done. but i'm still here.. write a stupidos post in my such a messy blog. sigh~

my mood is still cannot be found. even nak study pon xder mood.. *back to the normal language. haha* 
entahlaa.. serabut di bahagian kepala ni still ada n xpernah nak hilang.. otak semakin kosong.. nothing in there.. perasaan sedih masih ada.. and xtau bila agakagak nak hilang.. 

ok gotta go.. my works always keep waiting for me.. urgh~ seeya !!


Tuesday, January 3, 2012

tanda dia jodoh kita ;)

sesapa yang nk tau jodoh dia, sila la baca.. ;))

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :

1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang Bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima Kita Seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa Jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami Diri Kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan Kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata Hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Wednesday, December 28, 2011

;')

bukan mudah bagi seorang perempuan untuk melupakan orang yang selama ni dah banyak berikan kenangan dalam diri dia. tambah lak kalo kenangan yang ditinggalkan tu sudah mencecah lebih dari setahun. 

bagi perempuan, once dia sayangkan seseorang, sampai bilabila lah sayang dia tu akan berpanjangan. 

perempuan cepat sedar setiap kesilapan yang dia lakukan dan akan sentiasa memohon maaf jika setiap perkara yang dia lakukan itu tidak disukai oleh partnernya. 

hati perempuan mudah tersentap dengan perkara kecil.. setiap kali perempuan merajuk, dia ingin sekali partnernya sentiasa ada dengan dia. mungkin diberikan sedikit hiburan..lawak yang membolehkan seorang perempuan kembali senyum seperti biasa.. 

percayalah, segala perkara yang berlaku, partner nya mesti akan tahu terlebih dahulu berbanding orang lain. kerana perempuan percaya, partnernya dapat memahami diri dia lebih dari orang lain. 



i wrote all this because i love u.. please don't get me wrong.. :')

Saturday, December 17, 2011

what else can i say?

maafkan aku 
kalau aku menyusahkan kamu..

maafkan aku 
kalau aku membebankan kamu..

maafkan aku
kalau setiap butir bicara kamu tidak aku faham..

maafkan aku 
untuk segala perkara..

kerana aku
telah memberitahu kamu
aku memang begini sejak dulu..

aku menganggap kamu sebagai tempat luahan perasaan

tapi di sini jugak tempat untuk aku menceritakan segalanya..

aku tak salahkan sesiapa..

takdir yang menetapkan begini..

aku masih cuba untuk belajar suatu benda yang masih baru bagi diri aku..

apa pon..,

aku bersyukur..



-mirabazla-

Friday, November 25, 2011

teardrops fallen.. :')

kadang kadang aku terfikir

apa pun yang berlaku..

sama ada perkara kecil atau besar..

air mata selalu menemani aku semenjak 2 menjak nie..

begitu lemahnya aku

sehingga aku tak dapat nak bangun dan berdiri dengan betul di atas kakiku sendiri..

apa lah salahku..

dengan harapan segalanya akan berakhir dengan baik..

cukup cukuplah aku terseksa dengan perubahan yang berlaku..

aku hanyalah insan yang lemah dan hanya menumpang kasih di sisi insan lain..

harapan yang menggunung tinggi agar Tuhan dapat memakbulkan doa aku saban hari siang dan malam..

sesungguhnya aku lebih mencintaiMu..

takdirku hanyalah terletak padaNya dan aku hanya mampu berserah

agar dikurniakan kehidupan yang baik kepadaku suatu saat nanti..

:')

Thursday, November 24, 2011

its all about love.. :(

hubungan yang baik adalah hubungan yang tidak melanggar hukum Allah..


dalam hubungan sifat bertolak ansur amat penting.. bukan sekadar hanya menangkan sebelah pihak..


kalau sayang..


tak perlu tunggu sehingga suatu saat untuk diperbaiki segala kekusutan.. 


bukankah itu lebih menyakitkan?


aku cuba untuk jadi yang terbaik..


tapi aku juga seperti perempuan lain yang ada bermacam macam jenis perasaan dalam diri...


hatiku tidak keras seperti hatimu wahai lelaki..

ya ALLAH...

aku tak minta lebih dari orang yang aku sayang..

cukup lah sekadar aku mendapat layanan yang baik dari teman yang aku anggap akan hidup dengannya hingga seribu tahun lamanya..

walaupun belum halal bersama..

tapi restuilah hubungan kami..

tolonglah jangan hadirkan perasaan benci dalam diri aku walaupun aku merasakannya sedikit demi sedikit dari hari ke hari..

kerana aku benci perasaan untuk membenci dirinya... :'(

Saturday, October 29, 2011

another felt craft story..

ok ! there's another samples that i had already made.. bentukbentuk lain bakal muncul.. coming soonnnn.. hehe.. *malas nak cakap banyak.. :P *

keychain nama..

pesyen gantung.. haha.. taktau la nak letak nama apa.. pandaipandai korang laa.. ;p

couple keychain from the front side

from the back side.. :)

my collection.. *so far* :p
love,
mira